MENU

Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

blokk

Monday, December 26, 2016

TIPS ONLINE SHOPPING

Jika anda adalah penggemar pembelian secara online, maka terdapat beberapa perkara yang perlu diketahui atau panduan asas yang boleh diamalkan untuk membeli belah secara dalam talian.



Sebenarnya, pelbagai produk hebat boleh didapati pada harga yang menarik apabila anda membeli belah secara dalam talian, sama seperti anda membeli belah secara manual ataupun tradisional. Berikut merupakan tip serta panduan yang boleh diikuti sebelum membuat pembelian secara dalam talian.

1) Perancangan Awal


* Tetapkan Bajet - Bajet yang hendak dibelanjakan, berapa banyak? Ini turut termasuk kos penghantaran produk

* Tentukan Apa Yang Penting - Ciri-ciri yang perlu iaitu keperluan melebihi kemahuan


2) Bandingkan Kos


* Periksa terlebih dahulu laman web membeli belah - Baca komen-komen pembeli terdahulu samada mereka berpuas hati atau tidak dengan perkhidmatan yang ditawarkan

* Periksa Kupon - Jika perlu, periksa kupon yang boleh memberikan impak terhadap kos akhir anda. Lakukan carian terhadap gedung dengan terma syarat seperti diskaun, kupon mahupun penghantaran percuma

* Baca Polisi Pemulangan -  Ini kerana tidak semua gedung menyediakan perkhidmatan polisi pemulangan yang sama.


3) Bandingkan Produk


* Gunakan Enjin Carian - Gunakan Google, Mozilla, Internet Explorer serta pelbagai enjin carian bagi mendapatkan maklumat terhadap barang yang ingin dibeli seperti aduan, ulasan mahupun tahap kepercayaan gedung tersebut.

* Reputasi Dimiliki - Pastikan juga reputasi laman web atau jenama yang ingin dibeli itu memuaskan atau sebaliknya.


4) Pembayaran Selamat 



* Periksa laman web - Laman web yang terdapat "s" dalam https (s adalah merujuk kepada secure) apabila atau sebelum membuat pembayaran.

Selamat Membeli Belah Secara Dalam Talian :)
Jangan lupa untuk follow,share dan subscribe

No comments:

Post a Comment