MENU

Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

blokk

Friday, December 30, 2016

FAKTA BATERI PADA TELEFON PINTAR

Segmen Pencarian Bloglist 2017 Blog Cik Zue


ASSALAM DAN SALAM SEJAHTERA



Jom join Segmen Pencarian Bloglist 2017 Blog Cik Zue ni!

Klik banner utk join..

Tuesday, December 27, 2016

TAHUKAH ANDA ?

50% daripada individu yang bersara telah mengalami ketirisan dalam simpanan KWSP

Monday, December 26, 2016

TIPS ONLINE SHOPPING

Jika anda adalah penggemar pembelian secara online, maka terdapat beberapa perkara yang perlu diketahui atau panduan asas yang boleh diamalkan untuk membeli belah secara dalam talian.

Sunday, December 25, 2016

10 ANTIVIRUS TERBAIK 2016

Antivirus merupakan sebuah perisian yang digunakan untuk mencegah komputer anda dari dimasuki atau terdedah kepada ancaman-ancaman merbahaya misalnya virus,malware,spyware dan lain-lain lagi (klik sini untuk maklumat lanjutan).

KELEBIHAN MENGGUNAKAN ANTI VIRUS

Sebagai pengguna komputer atau android, tidak kira sama ada baru atau telah berpengalaman menggunakan peranti tersebut, anda pasti pernah mendengar ancaman-ancaman yang boleh menggugat keselamatan peranti anda.

Thursday, December 22, 2016

LiFi VS WiFi

LiFi (Light Fidelity)
1) Operasi : Menghantar data menggunakan cahaya dengan bantuan mentol LED.

2) Gangguan : Tidak menghadapi sebarang gangguan sama seperti yang dialami oleh gelombang frekuensi radio.

3) Aplikasi : Digunakan bagi penerokaan dasar laut, dalam penerbangan, pejabat/kediaman untuk pemindahan data.

4) Privasi : Dalam LiFi, cahaya yang dihalang oleh dinding dan pagar akan menawarkan pemindahan data yang lebih selamat.

5) Kadar pemindahan data : 1 Gbps

6) Jarak Liputan : Kira-kira 10 meter

Dll.

WiFi (Wireless Fidelity)
1) Operasi : Menghantar data menggunakan gelombang radio dengan bantuan router WiFi.

2) Gangguan : Akan menghadapi masalah daripada titik akses iaitu router yang berdekatan.

3) Aplikasi : Digunakan untuk melayari Internet dengan bantuan kios Wifi dan hotspot Wifi.

4) Privasi : Dalam wifi, isyarat RF tidak boleh dihalang oleh dinding. Jadi cara-cara yang tertentu perlu dilakukan bagi memindahkan data dengan selamat.

5) Kadar pemindahan data : WLAN- 150 Mbps / WiGig-1.2 Gbps

6) Jarak Liputan : Kira-kira 32 meter, berbeza berdasarkan pemasangan router yang dipasang.

APA ITU LiFi ?

Apakah itu LiFi ? Jika anda bertanyakan seperti itu, pernahkah anda tahu tentang Wifi ? Jika ya, maka anda sudah seperti tahu akan LiFi.

Dalam konsep Lifi, ia merupakan suatu teknologi yang dikatakan lebih hebat berbanding wifi. Ini kerana ia merupakan teknologi tanpa wayar dua hala yang berkelajuan tinggi dan berangkaian sepenuhnya menyerupai wifi.

Persoalannya, adakah teknologi LiFi ini menggunakan gelombang radio seperti wifi ? Sebenarnya, teknologi LiFi ini menggunakan komunikasi cahaya boleh lihat dan menjadi sebahagian daripada komunikasi tanpa wayar optikal.

Bagi menerangkan dengan lebih jelas mengenai teknologi LiFi, berikut senarai yang membicarakan apakah itu LiFi dan adakah ia lebih baik dari WiFi, anda boleh klik disini :


1) Penghantaran data yang lebih cepat
Memandangkan teknologi LiFi yang berasaskan cahaya, secara umumnya penghantaran atau komunikasi yang dilakukan adalah lebih pantas berbanding wifi yang menggunakan gelombang radio.

2) Tahap keselamatan
Dari segi keselamatan, konsep yang diceritakan adalah seperti berikut : Wifi-gelombang radio- boleh melepasi dinding legap akan tetapi LiFi-cahaya- tidak boleh melepasinya. Jadi, LiFi adalah lebih selamat untuk diakses kerana data tidak boleh diakses oleh sesiapa yang berada di luar bangunan. Konsep sebegini amat penting bagi sesebuah organisasi yang mengutamakan tahap keselamatan yang tinggi.

3) Tidak banyak kesan gangguan
Gelombang radio begitu terdedah kepada sebarang gangguan yang akan membuatkan isyarat menjadi perlahan atau hilang terus.

Sebaliknya, LiFi dikatakan tidak banyak dipengaruhi oleh gangguan sekali gus membuatkan teknologi ini lebih efisien dalam soal komunikasi.

4)Persekitaran
Pasti ramai yang suka menggunakan teknologi walau dimana mereka berada.  Wifi juga bersifat begitu, tetapi tidak mudah dan agak terdedah kepada gangguan. Sebagai info tambahan, wifi adalah lemah di persekitaran yang ramai orang serta tidak mampu untuk menghantar data dalam air laut kerana banyak gangguan.

Tetapi berbeza dengan LiFi, yang tidak dipengaruhi oleh faktor-faktor sekelilingnya. Jadi teknologinya boleh digunakan untuk penghantaran dalam kawasan padat di mana wifi kurang efisien untuk digunakan. Selain itu, teknologi LiFi juga membuatkan pengguna yang menyelam di dalam lautan boleh berkomunikasi tanpa sebarang masalah.

IFLIX VS NETFLIX

Tontonan siri TV secara atas talian semakin mendapat sambutan. Ia telah mula mendapat tempat di pasaran tempatan. Terdapat pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan dan yang terkenal antaranya ialah iFlix dan Netflix. Secara umum, iFlix telah memulakan perkhidmatannya tahun lalu manakala Netflix telah memulakan perkhidmatannya pada awal tahun ini. Dengan dua perkhidmatan yang mempunyai nama yang hampir sama, maka tidak hairanlah terdapat kekeliruan bagi sesetengah pengguna. Berikut adalah antara perbezaan diantara iFlix dan Netflix:


Wednesday, December 21, 2016

BAGAIMANA MENJADIKAN AKAUN INTERNET ANDA LEBIH SELAMAT?

Dewasa ini, sering kedengaran berkaitan dengan tahap keselamatan yang begitu terdedah kepada segala ancaman disebabkan beberapa kelemahan teknologi, sekaligus membuatkan ramai pegguna risau akan keselamatan akaun internet mereka yang menyimpan pelbagai maklumat.


BAGAIMANA MENJADIKAN ANDROID ANDA PANTAS SEPERTI AWAL MEMBELINYA?

Bagi para pengguna peranti telefon pintar android, anda mungkin merasai sesuatu kelainan terhadap peranti anda jika semakin lama ianya digunakan. Perkara ini pasti membuatkan anda berasa kurang selesa dan tidak memuaskan kerana mengganggu rutin penggunaan harian anda. Antara beberapa perkara yang boleh disimpulkan adalah kerana fail storan yang semakin bertambah, selain fail berbentuk cache yang disimpan di dalam peranti. Beberapa perkara yang membolehkan peranti anda menjadi pantas adalah :