MENU

Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

blokk

Friday, December 30, 2016

FAKTA BATERI PADA TELEFON PINTAR


Ekoran persaingan yang makin sengit, pembuat telefon pintar terus gigih dalam berjuang dengan strategi masing-masing. Sehubungna dengan itu, pembuat produk yang kekurangan bajet pemasaran dan populariti lazimnya akan memiliki ciri yang lebih unik berbanding pesaing mereka sekaligus dapat menarik minat pengguna. Antara ciri yang ditawarkan adalah bateri yang berkapasiti besar seperti yang terdapat pada model Lenovo dan Asus (Asus Zenfone Max misalnya).


Fakta - fakta menarik berkaitan kapasiti bateri yang besar:

1) Bagi memenuhi keperluan paparan, pemprosesan, kamera, sambungan tanpa wayar, sistem operasi, aplikasi dan pelbagai lagi fungsi lain yang melengkapinya.


2) Spesifikasi sesebuah telefon pintar selalunya dikaitkan dengan kadar penggunaan kuasa baterinya, Ini termasuk penggunaan skrin resolusi tinggi (contoh: FHD, QHD, UHD/4k), selain kuasa pemprosesan yang tinggi.

3) Hayat bateri pada sesebuah telefon pintar juga  bergantung kepada cara penggunaan peranti tersebut. Penggunaan yang intensif biasanya akan menyusutkan kadar bateri dengan lebih pantas berbanding kepada penggunaan yang lebih santai contohnya bermain permainan games di peranti.

4) Kapasiti bateri yang lebih besar akan menjadikan sesebuah telefon pintar itu semakin mudah alih apabila dibawa ke mana-mana. Ini bermaksud peranti tidak perlu dicas dengan kerap sama ada melalui outlet/punca kuasa atau power bank.

5) Telefon pintar yang lebih besar kapasiti bateri juga lebih bagus dari segi pengunaan yang praktikal. Setidaknya anda tidak perlu untuk mengaktifkan mod penjimatan kuasa di sepanjang penggunaan.

6) Selain kapasiti bateri yang semakin besar, sesetengah telefon pintar di pasaran menawarkan beberapa teknologi pengecasan yang menarik. Sebagai contoh teknik pengecasan yang lebih pantas (USB type c) dan pengecasan tanpa wayar.



No comments:

Post a Comment