MENU

Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

blokk

Thursday, December 22, 2016

IFLIX VS NETFLIX

Tontonan siri TV secara atas talian semakin mendapat sambutan. Ia telah mula mendapat tempat di pasaran tempatan. Terdapat pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan dan yang terkenal antaranya ialah iFlix dan Netflix. Secara umum, iFlix telah memulakan perkhidmatannya tahun lalu manakala Netflix telah memulakan perkhidmatannya pada awal tahun ini. Dengan dua perkhidmatan yang mempunyai nama yang hampir sama, maka tidak hairanlah terdapat kekeliruan bagi sesetengah pengguna. Berikut adalah antara perbezaan diantara iFlix dan Netflix:





1) Harga
iFlix mempunyai harga yang lebih murah serta agak berbaloi iaitu sekitar RM10 sebulan. Bagi langganan selama setahun, pengguna cuma perlu membayar RM96 sahaja.
Selain itu, kadar langganan ini membolehkan pengguna menggunakan iFlix pada 5 peranti yang berbeza.

Netflix pula berbeza dimana, mereka menyediakan 3 pelan yang berbeza mengikut kualiti video dan bilangan peranti. Pembayaran adalah sebanyak RM33 sebulan, dengan kualiti video standard serta hanya untuk 1 peranti. Bagi kualiti yang lebih tinggi atau HD, kadar langganan adalah sebanyak RM42, boleh digunakan oleh 2 peranti.


2) Penapisan
Seperti anda menonton TV, akan ada babak-babak yang akan ditapis agar ia bersesuaian dengan semua golongan. Namun, bagi iFlix ada juga babak-babak yang ditapis namun tidak sebanyak rancangan di TV. Dan ini membuatkan para pengguna bakal terdedah kepada adegan-adegan yang tidak sesuai ditatap umum.

Bagi Netflix, pihak mereka mengamalkan pilihan iaitu sama ada ingin menapis kandungan atau ingin menonton rancangan tanpa sebarang penyuntingan. Dari segi ini, Netflix dilihat mempunyai kelebihan yang tersendiri.


3) Pilihan Rancangan
Bagi iFlix, mereka menawarkan rancangan yang lebih lama, yakni penawaran rancangan yang lebih banyak dari Netflix. Ini kerana sesetengah rancangan dari Netflix tidak ditawarkan kepada pengguna Malaysia berikutan hak penyiaran.


4) Tontonan Offline
Sekiranya anda sudah melanggan perkhidmatan rancangan yang menawarkan beratus-ratus rancangan, sudah pasti anda mempunyai masalah yang tersendiri. Antaranya apakah yang akan terjadi jika anda kehabisan data atau tidak mempunyai talian internet.

Jadi, dari segi ini iFlix mempunyai kelebihan. Ini kerana, mereka menawarkan perkhidmatan tontonan secara offline. Pengguna boleh memilih episod yang ingin ditonton dan memilih kualiti video yang ingin disimpan. (buat masa ini, selepas tempoh 48 jam video akan terpadam dari peranti selepas ia dimainkan).


5) Pilihan Peranti Tontonan
Netflix, anda boleh menontonnya dari pelbagai platform seperti Xbox 360, AppleTV, Playstation 3, Chromecast dan pelbagai lagi.

Bagi iFlix pula ianya sedikit terhad. Antara platform yang disediakan seperti boleh ditonton pada peranti mudah alih serta pada television yang menggunakan Chromecast (berikutan mereka agak baru di pasaran berbanding Netflix).





No comments:

Post a Comment