MENU

Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

blokk

Thursday, March 12, 2015

Menarik tentang Jepun

Bermulanya disini....

Apa yang best tentang Jepun?? Persoalan yang sering bermain dalam fikiran aku sejak 4 5 tahun yang lepas. Nak kata hebat,yeee,.memang diakui negara Jepun dah setanding dengan negara maju lain misalnya Amerika Syarikat, Jerman dan sebagainya.  
Tapi,tahukah ada beberapa keterangan umum yang menarik bagi permulaan untuk seseorang itu mengkaji tentang Jepun.



INI faktanya :

1) ANIME
- Salah satu ciri khas dan popular ialah anime atau lebih dikenali sebagai kartun Jepun. Anime adalah animasi Jepun yang sangat popular diserata dunia seperti Naruto, Bleach, One Piece dan pelbagai lagi. Anime ini juga dicirikan melalui gambar-gambar berwarna menampilkan watak manusia, lokasi dan cerita-cerita tertentu. Kebanyakkan anime dipengaruhi gaya gambar dari manga iaitu komik Jepun.
- Anime yang pertama yang sangat popular ialah anime Astro Boy oleh karya Ozamu Tezuka pada tahun 1963. Sekarang ini anime sudah makin di kemaskini dan di upgrade segala sistem dan teknologi yang digunakan untuk menghasilkan sesebuah anime itu. Golongan yang melihat komik ini merangkumi semua golongan, dari kecil hinggalah orang tua. Orang Jepun sangat bangga dengan penghasilan anime ini. Malah wujud golongan yang terlalu mengagung-agungkan karya mereka ini yang dipanggil otaku serta weaboo.

2) HARAKIRI (bunuh diri)
- Meskipun kadar jenayah agak berkurangan di negera Jepun dan juga hampir jarang berlakunya kes pembunuhan, tetapi angka korban keran bunuh diri agak tinggi. Menurut budaya orang Jepun, membunuh diri ini boleh diambil kira sebagai hal yang sangat berwibawa demi melindungi harga diri, Tetapi mindset mengenai hal ini sudah berkembang berubah mengikut zaman ke zaman. Zaman sekarang, kebanyakkan mereka suka membunuh diri diatas landasan kereta api semasa kereta api sedang bergerak. Uniknya, pengusahaan kereta api di Jepun akan menuntut ganti rugi kepada keluarga mangsa bunuh diri.

3) YAEBA (gigi taring)
- Kebanyakkan orang lain ingin menampilkan gigi yang teratur dan cantik sampai memakai Braces untuk membentuk gigi menjadi tersusun dengan rapi. Namun, di Jepun, para wanita di sana sanggup mengeluarkan duit yang banyak demi mengeluarkan dan membentuk gigi taring ala-ala dalam cerita Vampire. Bagi mereka, selagi tiada gigi taring, tiada kecantikkan bagi diri mereka. Ini untuk lagi jelas, korang boleh google jer,aku malas letak..huhu

4) SEIFUKU
- Pelajar sekolah di Jepun, memiliki Seifuku atau seragam sekolah yang trendy dan modern. Di sana, mereka lebih memilih memakai pakaian seragam sekolah kerana dianggap sebagai lambang keindahan dan kemakmuran. Oleh sebab itu, ridak perlu heran kalau lihat banyak iklan terpapar model model mereka memakai pakaian sekolah atau seifuku.


5) BUNGA SAKURA
- Bunga sakura merupakan bunga tradisional Jepun. Oleh sebab itu, Jepun dikenali sebagai Negara Sakura. Jepun dan bunga sakura memang sukar untuk dipisahkan dalam apa sahaja termasuklah pada corak baju, lukisan dan perkataan. Bunga sakura ini telah mengisi semua aspek kehidupan dan mengalir dalam masyarakat Jepun. Oleh sebab itu, pentingnya di adakan festival demi menyambut kedatangan bunga sakura sekiranya musim bunga sakura telah tiba.

 6)SELIPAR JEPUN
Benda inilah yang anda gunakan dalam kehidupan seharian anda untuk ke mana-mana sahaja (secara teknikalnya,ke tandas) Jika kasut tak ada, selipar pun jadi le.. Sekarang penggunaan selipar untuk pergi ke pusat membeli belah (shopping complex) atau ke mana-mana saje,,orang lebih cenderung untuk memakai selipar berbanding kasut.

Ye le kan, kasut ada yang bertali, berat semacam pun ye.. tentu ada yang malas nak gunakan kasut dengan alasan malas nak ikat tali kasut. Ataupun kasut berat. Yang paling bagus alasan, kasut mahal sangat.

Bukan bertujuan untuk menggalakkan korang menggunakan selipar untuk ke mana-mana, tetapi yang nak dikongsikan di sini ialah penggunaan perkataan ‘selipar jepun’ yang begitu sinonim dengan masyarakat Malaysia sejak dari dulu lagi. Persoalannya adakah selipar yang ada di pasaran sekarang benar-benar memang dicipta di Jepun?

Asal-usul penggunaan perkataan ‘selipar jepun’ sehingga kini tidak dapat dipastikan. Selipar yang ada pada hari ini sebenarnnya sudah lama bertapak di Malaysia pun sebelum kedatangan Jepun lagi. Maksudnya selipar berbentuk biasa ni dah lama ada, bukannya ketika kedatangan Jepun ke Tanah Melayu.
Ada kemungkinan kenapa selipar yang ada sekarang di panggil selipar Jepun.

a.) Ketika kedatangan Jepun ke Tanah Melayu, mereka menyeksa tahanan dengan menampar muka menggunakan selipar. Selipar ini juga digunakan untuk menyeksa tahanan di penjara, Caranya ialah dengan memasukkan selipar ke mulut mangsa, dipaksanya tahanan tersebut menggigit selipar hingga patah gigi.

b.) Tentera Jepun juga dikenali kerana nafsu buas macam cipan mereka, merogol perempuan-perempuan dan memasukkan selipar ke kemaluan mangsa. Bangsat sungguh…!!!

c.) Tentera Jepun memaksa tahanan memasak selipar, kemudian di suruh makan selipar. Perencah masakan selipar itu adalah air sabun cap XXX

d.) Pada masa Jepun memerintah, kasut memang susah nak jumpa. Kerana ketika itu harga kasut memang melambung, dengan wang daun pisang Jepun yang dah tak laku, maka penduduk Malaya terpaksa pergi ke mana-mana menggunakan selipar. Hanya tentera Jepun atau balaci Jepun sahaja yang berkasut.

e.) Dan akhirnya, disebabkan takut dengan kekejaman jepun, bila ternampak selipar aje, maka orang-orang dahulu terus memanggilnya sebagai selipar Jepun.

Dari zaman ke zaman dan dari generasi ke satu generasi, selipar jepun menjadi popular dan telah diterima oleh seantero Tanah Melayu, memanggil mana-mana selipar sebagai selipar Jepun.
Tetapi kalau korang ke Jepun (jika ada peluanglah!), sebenarnya selipar jepun tu (Japanese Slipper) sebenarnya adalah ‘mix drink’ atau pun arak yang dicampur dengan manisan. Hmmmm,,macam-macam gak en.



No comments:

Post a Comment