MENU

Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

blokk

Friday, February 5, 2016

Aku Pelajar Universiti

"Sedikit tentang zaman study kat UUM"

Aku merupakan pelajar di salah sebuah universiti terkemuka di Malaysia. Dan universiti yang dimaksudkan itu adalah Universiti Utara Malaysia (UUM). Aku merupakan pelajar tahun akhir (ketika blog ini ditulis) iaitu semester enam. Okay, sedikit pengenalan mengenai UUM. Terletak di hujung semenanjung Malaysia, dekat sangat dah dengan Thailand iaitu berada di negeri Kedah Darul Aman. Berkedudukan kira-kira 10 minit dari pekan Changloon, 40 minit dari pekan Jitra dan
hampir sejam dengan Alor Setar. < lebih pon ada :) >



APA YANG MENARIK:

Bercerita tentang universiti, setiap U pasti ada kelebihan tersendiri. Termasuk juga UUM, pelbagai benda yang menarik dan berkelebihan antaranya

- Segala kemudahan disediakan contohnya WIFI, kandang rusa, kandang kuda, go-kart (harga student memang special sgt2 berbanding orang luar) dan mcm2 lagi.

- Terdapat hostel untuk pelajar semuanya termasuk dalam yuran antaranya DPP Proton, TNB, MAS, EON, Sime Darby, TM, BSN, MISC, Petronas , Maybank, SME Bank dan Bank Rakyat. Dpp singkatan kepada dewan penginapan pelajar. Aku paling suka kafe TM, MISC sebab harga murah dari yang lain.

- Masjid turut ada kat kampus UUM so orang lelaki tak perlu risau nak solat Jumaat kat mana.

- Bebas untuk join mana-mana kelab ataupun aktiviti masa lapang. 

- Wajib berpakaian formal ke kelas. Sebenarnya melatih student untuk bersedia ke alam pekerjaan nanti. 




- Bagi yang takde kenderaan sendiri, perkhidmatan bas ada disediakan.

- Sesi kuliah semua dijalankan di waktu siang. Special case je buat waktu malam contohnya untuk subjek Bahasa Jepun yang pernah aku ambek, kena pergi kelas waktu malam.

- Ada 3 kolej di UUM ni iaitu COB (college of business), COLGIS (kolej budak2 law n sewaktu dengannya) dan CAS (College of Art n Science iaitu budak2 multimedia n programming).






- Dan macam-macam lagilah. Tips untuk student baru yang nak masuk, xyah risau semua ada orang kata. Sini bank rasmi adalah BANK ISLAM so klo nak senang tue buat akaun siap2 nanti xkelam,hehe

COURSE Science of Multimedia:

Seperti yang tertera, itulah bidang yang aku ambil semasa keberadaanku di UUM. 
Best ? Soalan kepada jawapan adalah minat. Bagi aku, bidang ini banyak mengajar aku ilmu2 yang merangkumi dunia teknologi selaras dengan arus kemodenan sekarang ni,jadi BEST adalah jawapan aku. Antara benda yang mengajar aku berdasarkan bidang ini adalah mengenai sistem2 koding spt CSS, Javascript , Html, dan bermacam lagi. Hacker ? Jauh lagi ,haha


Selain itu, aku turut belajar mengenai aplikai games dan pembuatan animasi 3d. Kursus atau subjek ini agak tough bagi aku mungkin sebab penggunaan software yang bukan complicated, tetapi terlalu complicated. Tapi, sebenarnya xsusah kalau korang rajin survey, tanya lecturer dan review youtube..haha di mana ada kemahuan di situ ada jalan .

Aplikasi Games-final assignment 

Disamping itu, aku turut belajar mengenai asas-asas kepada Multimedia. Antaranya text,audia,video, animation dan graphic. Dari situ, ia akan dikelaskan kepada kategori yang lebih mendalam. 
Banyak sebenarnya berkait rapat dengan bidang ni termasuk lah networking. Networking pula lebih menjurus kepada taian internet yang diguna pakai dan kelajuan serta kelembapan sesebuah networking tue. 
Hints: kalo belajr lebih mendalam korang boleh hack wifi jiran (xbaik so jauhkan)
Hints: lecturer multimedia kebanyakannya sempoi2




Okay , secara keseluruhan banyak lagi apa yang best sepanjang study kat UUM ni. Benda2 angker la, kelakar la, sedih, marah, semuanya bakal korang hadapi tapi semuan itu yang membuatkan kita dewasa. Bak kata pepatah pengalaman mematangkan seseorang . 
Kini, pejam celik pejam celik aku dah pon di tahun akhir sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Jadi, di tahun terakhir ni aku harap banyak lagi momen - momen menarik yang aku cipta bersama rakan-rakan disampingku. 

Sampai sini untuk kali ni..harap korang enjoy baca apa yang aku catatkan ni. Untuk budak-budak baru, harap entri aku ni bermanfaat serta pengisian yang disampaikan tu tercapai..haha 

ASSALAMUALAIKUM


No comments:

Post a Comment