MENU

Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

blokk

Tuesday, April 17, 2018

Cara hilangkan / kurangkan lag pada screen ketika "berMobile Legend" ?

Pernah tak korang merasa masalah ketika tengah asyik bermain game di android anda misalnya screen delay sewaktu asyik bermain? Lag ketika menekan button namun sedar-sedar dah kalah / mati / restart ? Delay yang sekejap pun boleh membuatkan korang berasa tertekan dan mula menimbulkan perasaan yang semacam. 


Ok, untuk entri ni korang tak perlu susah-susah untuk root phone korang, korang hanya perlu follow langkah-langkah yang disarankan di bawah. 


Sebelum itu, selalunya screen yang mengalami permasalahan ni adalah kerana game yang dimainkan menggunakan RAM yang tinggi jadi ianya perlu memaksimakan penggunaan RAM agar game dapat berjalan dengan lancar. Jadi, tak hairan kalau game yang mempunya grafik yang bagus kebiasaannya memerlukan RAM yang tingi misalnya PUBG Mobile, Modern Combat , Asphalt series dan sebagainya.


Bagi game seperti Mobile Legend pula yang telah mencatat 100 juta download (setakat entri ditulis), penggunaan RAM agak sederhana berbanding game yang dinyatakan diatas tetapi ia tetap memerlukan spesifikasi yang baik supaya game dapat dilayan dengan baik. Bagi pengguna yang mempunyai RAM 1 gb atau kebawah, korang disarankana untuk menggunakan aplikasi yang dinyatakan ini.

Sunday, January 1, 2017


ASSALAM SEMUA

SEDIKIT PESANAN PENAJA


MOGA TAHUN BARU AZAM BARU YANG MEMBINA SEMANGAT KITA SEMUA.

Tuesday, December 27, 2016

TAHUKAH ANDA ?

50% daripada individu yang bersara telah mengalami ketirisan dalam simpanan KWSP

Monday, December 26, 2016

TIPS ONLINE SHOPPING

Jika anda adalah penggemar pembelian secara online, maka terdapat beberapa perkara yang perlu diketahui atau panduan asas yang boleh diamalkan untuk membeli belah secara dalam talian.

Sunday, December 25, 2016

10 ANTIVIRUS TERBAIK 2016

Antivirus merupakan sebuah perisian yang digunakan untuk mencegah komputer anda dari dimasuki atau terdedah kepada ancaman-ancaman merbahaya misalnya virus,malware,spyware dan lain-lain lagi (klik sini untuk maklumat lanjutan).

KELEBIHAN MENGGUNAKAN ANTI VIRUS

Sebagai pengguna komputer atau android, tidak kira sama ada baru atau telah berpengalaman menggunakan peranti tersebut, anda pasti pernah mendengar ancaman-ancaman yang boleh menggugat keselamatan peranti anda.

Thursday, December 22, 2016

LiFi VS WiFi

LiFi (Light Fidelity)
1) Operasi : Menghantar data menggunakan cahaya dengan bantuan mentol LED.

2) Gangguan : Tidak menghadapi sebarang gangguan sama seperti yang dialami oleh gelombang frekuensi radio.

3) Aplikasi : Digunakan bagi penerokaan dasar laut, dalam penerbangan, pejabat/kediaman untuk pemindahan data.

4) Privasi : Dalam LiFi, cahaya yang dihalang oleh dinding dan pagar akan menawarkan pemindahan data yang lebih selamat.

5) Kadar pemindahan data : 1 Gbps

6) Jarak Liputan : Kira-kira 10 meter

Dll.

WiFi (Wireless Fidelity)
1) Operasi : Menghantar data menggunakan gelombang radio dengan bantuan router WiFi.

2) Gangguan : Akan menghadapi masalah daripada titik akses iaitu router yang berdekatan.

3) Aplikasi : Digunakan untuk melayari Internet dengan bantuan kios Wifi dan hotspot Wifi.

4) Privasi : Dalam wifi, isyarat RF tidak boleh dihalang oleh dinding. Jadi cara-cara yang tertentu perlu dilakukan bagi memindahkan data dengan selamat.

5) Kadar pemindahan data : WLAN- 150 Mbps / WiGig-1.2 Gbps

6) Jarak Liputan : Kira-kira 32 meter, berbeza berdasarkan pemasangan router yang dipasang.

APA ITU LiFi ?

Apakah itu LiFi ? Jika anda bertanyakan seperti itu, pernahkah anda tahu tentang Wifi ? Jika ya, maka anda sudah seperti tahu akan LiFi.

Dalam konsep Lifi, ia merupakan suatu teknologi yang dikatakan lebih hebat berbanding wifi. Ini kerana ia merupakan teknologi tanpa wayar dua hala yang berkelajuan tinggi dan berangkaian sepenuhnya menyerupai wifi.

Persoalannya, adakah teknologi LiFi ini menggunakan gelombang radio seperti wifi ? Sebenarnya, teknologi LiFi ini menggunakan komunikasi cahaya boleh lihat dan menjadi sebahagian daripada komunikasi tanpa wayar optikal.

Bagi menerangkan dengan lebih jelas mengenai teknologi LiFi, berikut senarai yang membicarakan apakah itu LiFi dan adakah ia lebih baik dari WiFi, anda boleh klik disini :


1) Penghantaran data yang lebih cepat
Memandangkan teknologi LiFi yang berasaskan cahaya, secara umumnya penghantaran atau komunikasi yang dilakukan adalah lebih pantas berbanding wifi yang menggunakan gelombang radio.

2) Tahap keselamatan
Dari segi keselamatan, konsep yang diceritakan adalah seperti berikut : Wifi-gelombang radio- boleh melepasi dinding legap akan tetapi LiFi-cahaya- tidak boleh melepasinya. Jadi, LiFi adalah lebih selamat untuk diakses kerana data tidak boleh diakses oleh sesiapa yang berada di luar bangunan. Konsep sebegini amat penting bagi sesebuah organisasi yang mengutamakan tahap keselamatan yang tinggi.

3) Tidak banyak kesan gangguan
Gelombang radio begitu terdedah kepada sebarang gangguan yang akan membuatkan isyarat menjadi perlahan atau hilang terus.

Sebaliknya, LiFi dikatakan tidak banyak dipengaruhi oleh gangguan sekali gus membuatkan teknologi ini lebih efisien dalam soal komunikasi.

4)Persekitaran
Pasti ramai yang suka menggunakan teknologi walau dimana mereka berada.  Wifi juga bersifat begitu, tetapi tidak mudah dan agak terdedah kepada gangguan. Sebagai info tambahan, wifi adalah lemah di persekitaran yang ramai orang serta tidak mampu untuk menghantar data dalam air laut kerana banyak gangguan.

Tetapi berbeza dengan LiFi, yang tidak dipengaruhi oleh faktor-faktor sekelilingnya. Jadi teknologinya boleh digunakan untuk penghantaran dalam kawasan padat di mana wifi kurang efisien untuk digunakan. Selain itu, teknologi LiFi juga membuatkan pengguna yang menyelam di dalam lautan boleh berkomunikasi tanpa sebarang masalah.

IFLIX VS NETFLIX

Tontonan siri TV secara atas talian semakin mendapat sambutan. Ia telah mula mendapat tempat di pasaran tempatan. Terdapat pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan dan yang terkenal antaranya ialah iFlix dan Netflix. Secara umum, iFlix telah memulakan perkhidmatannya tahun lalu manakala Netflix telah memulakan perkhidmatannya pada awal tahun ini. Dengan dua perkhidmatan yang mempunyai nama yang hampir sama, maka tidak hairanlah terdapat kekeliruan bagi sesetengah pengguna. Berikut adalah antara perbezaan diantara iFlix dan Netflix:


Wednesday, December 21, 2016

BAGAIMANA MENJADIKAN AKAUN INTERNET ANDA LEBIH SELAMAT?

Dewasa ini, sering kedengaran berkaitan dengan tahap keselamatan yang begitu terdedah kepada segala ancaman disebabkan beberapa kelemahan teknologi, sekaligus membuatkan ramai pegguna risau akan keselamatan akaun internet mereka yang menyimpan pelbagai maklumat.


BAGAIMANA MENJADIKAN ANDROID ANDA PANTAS SEPERTI AWAL MEMBELINYA?

Bagi para pengguna peranti telefon pintar android, anda mungkin merasai sesuatu kelainan terhadap peranti anda jika semakin lama ianya digunakan. Perkara ini pasti membuatkan anda berasa kurang selesa dan tidak memuaskan kerana mengganggu rutin penggunaan harian anda. Antara beberapa perkara yang boleh disimpulkan adalah kerana fail storan yang semakin bertambah, selain fail berbentuk cache yang disimpan di dalam peranti. Beberapa perkara yang membolehkan peranti anda menjadi pantas adalah :

Friday, February 5, 2016

Aku Pelajar Universiti

"Sedikit tentang zaman study kat UUM"

Aku merupakan pelajar di salah sebuah universiti terkemuka di Malaysia. Dan universiti yang dimaksudkan itu adalah Universiti Utara Malaysia (UUM). Aku merupakan pelajar tahun akhir (ketika blog ini ditulis) iaitu semester enam. Okay, sedikit pengenalan mengenai UUM. Terletak di hujung semenanjung Malaysia, dekat sangat dah dengan Thailand iaitu berada di negeri Kedah Darul Aman. Berkedudukan kira-kira 10 minit dari pekan Changloon, 40 minit dari pekan Jitra dan

A little piece of sharing

CODING DROP DOWN MENU:

Untuk mencantikkan blog, banyak benda boleh dibuat oleh pengguna blog. Antaranya dengan mewujudkan sistem 'drop-down menu'. Apa itu drop-down menu? Drop-down menu adalah sistem yang membolehkan pelawat untuk memilih salah satu daripada senarai yang telah ditetapkan oleh Blogger itu sendiri. Selalunya tools berada di bahagian atas sekali dan mempunyai isi kandungan yang sama (kebanyakannya). Sebagai contoh :

Monday, February 1, 2016

Tentang blog

Blog bebas.
Membicarakan apa sahaja benda yang diketahui baik secara zahir mahupun batin.
Segala perkongsian adalah secara santai-santai dan bersahaja tetapi mengandungi maksud serta ilmu yang pelbagai.

Friday, March 13, 2015

Ciptaan aneh zaman dahulu

Segenap dimensi...


Di sekitar zaman Perang Dunia 1 dan 2,berlaku suatu gelombang revolusi dalam arus teknologi perindustrian di negara-negara barat ketika itu. Amerika Syarikat dan negara-negara lain berlumba-lumba mencari idea dan inovasi baru untuk diketengahkan kepada orang ramai agar barangan itu dapat dilangkan dengan lebih meluas lagi. Keadaan ini seakan disogok dek kegilaan dan semangat para usahawan di zaman itu yang meraikan kegemilangan dan obsesi terhadap pengguna akan visi mereka. Namun ,ada segelintar dari invention ini agak aneh serta pelik untuk dipraktikalkan namun masih bertahan sehingga ke hari ini (walaupon xsemua la)..

Thursday, March 12, 2015

Menarik tentang Jepun

Bermulanya disini....

Apa yang best tentang Jepun?? Persoalan yang sering bermain dalam fikiran aku sejak 4 5 tahun yang lepas. Nak kata hebat,yeee,.memang diakui negara Jepun dah setanding dengan negara maju lain misalnya Amerika Syarikat, Jerman dan sebagainya.  
Tapi,tahukah ada beberapa keterangan umum yang menarik bagi permulaan untuk seseorang itu mengkaji tentang Jepun.

Wednesday, March 11, 2015

Pantun Kini Pantun Dulu

Hi,,hari ni rasa nak kongsi sikit pantun-pantun yg agak menarik utk korang isi masa lapang korang uhh..Tp baca jgn serius sangat okey,, :)

Thursday, March 5, 2015

Pengisian waktu lapang

Waktu lapang atau waktu senggang.
Apa yang selalunya dilakukan oleh kebanyakan orang. Ada yang membaca, mengemas rumah, memasak, tidor, melayari internet dan sebagainya. Tapi bagi aku, remaja zaman moden ni, masa lapang aku dihabiskan dengan bermain game.