1) Buang Cache
Buang cache yang tidak digunakan. Ini kerana pelbagai aplikasi Android menyimpan data dalam bentuk cache bertujuan untuk menjadikan anda membuka sesuatu aplikasi dengan pantas, pada masa yang sama turut tidak menggunakan data yang tinggi. Cara manual untuk membuang cache adalah dengan pergi ke halaman SETTINGS>STORAGE, dan tap pada CACHED DATA>CLEAR CACHE untuk membuang data yang disimpan padanya. Tetapi harus diingat. lakukan pada aplikasi yang anda betul-betul tidak gunakan atau jarang sekali digunakan.
2) Pindahkan Gambar
Selalunya gambar adalah antara faktor yang membuatkan storan anda penuh (semakin cantik kualiti gambar, semakin besar saiz yang terdapat padanya). Bagi menangani masalah ini, anda perlu mengosongkan storan pada peranti lalu dipindahkan ke komputer untuk digunakan pada masa akan datang.
3) Uninstall/ Buang aplikasi yang tidak digunakan
Sudah terang lagi bersuluh, inilah faktor yang membuatkan storan anda penuh. Jika sesuatu aplikasi yang sudah diinstalkan ke dalam peranti anda namun tidak digunakan untuk kadar waktu yang lama, adalah disarankan untuk anda membuangnya dengan cara uninstall aplikasi tersebut.
No comments:
Post a Comment